Hampir 12 tahun lebih 2,000 penduduk Pangsapuri Mutiara Kasih, Lahad Datu masih dihantui masalah air.

Bekalan air dicatu dan kadang kala lebih memeritkan apabila tiada bekalan air langsung untuk beberapa hari.

Situasi ini mengganggu kehidupan harian penduduk, apatah lagi pada bulan Ramadan dan menjelang Aidilfitri.

Malah, Astro AWANI pernah menyiarkan derita penduduk ini pada Ogos 2020, ketika kempen Pilihan Raya Negeri ke-16 namun, sehingga kini tiada jalan penyelesaian.